Assalamualaikum...
Website LegasiTokGuru.Blogspot.com Dibina Bagi Mengenangkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang mana beliau lebih mesra dikenali sebagai panggilan Tok Guru. Disini dikumpulkan kepelbagaian peninggalan sama ada dari segi Biodata Tok Guru, Koleksi Ceramah, Kata2 Hikmat, Cerita2 sepanjang Kehidupan Tok Guru dan Koleksi Gambar-Gambar Tok Guru.

Semoga dengan adanya website yang tidak seberapa ini dapat Kita mengambil iktibar dari segala Amanat, Amanah dan Kata-Kata Nasihat yang sekian lama Tok Guru Sampaikan bagi melihat Tertegaknya Islam Di Bumi MALAYSIA demi Kesejahteraan Kehidupan Rakyatnya Sama ada yang Islam Mahu pun yang Bukan Islam.

Terlebih dahulu Admin ingin menyampaikan Kata2 yang pernah di ungkapkan oleh Tok Guru bagi Mereka yang telah berkata buruk pada beliau seperti berikut:
"Saya maafkan semua orang yang mencerca dan memfitnah saya dan keluarga, mereka mungkin tidak tahu atau tidak jelas dengan pendirian saya.
Ini bersesuaian dengan surah Al Jaatsiyah ayat 14 bahawasanya Allah telah berfirman: "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah yakni hari pembalasan".
Ujarnya lagi:
"Nak buat apa saya bawa dosa mereka? Nanti di akhirat, saya terpaksa menangguh hisab sehingga mereka itu semua dihisab. Saya tidak sanggup lagi menangguhnya di sana. Lagipun, saya berasa belas kasihan kepada mereka dan ibu bapa mereka, itu saja,"
sambil beliau mengesat air matanya.

KATA-KATA HIKMAT

Sila ke KLIK Gambar Diatas untuk Kata2 Hikmat yang Lain

PEMERGIAN MENGADAP ILLAHI..

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak kedua daripada sembilan adik-beradik dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Jam 9.45 malam tadi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman selepas dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, lewat sejam sebelumnya.

Difahamkan ketika dibawa pulang, alat bantuan pernafasan sudah pun ditanggalkan, menandakan keadaan beliau yang hampir pasti akan pergi selama-lamanya pada malam Jumaat ini.


Pendidikan Awal
Pengajian Islam Nik Aziz bermula di beberapa sekolah pondok di Kelantan dan Terengganu, sebelum disambung di Darul Uloom Deoband, Uttar Pradesh, India selama lima tahun.

Beliau kemudiannya menyambung hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Bahasa Arab dan Ijazah Sarjana dalam Perundangan Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir.Sekembalinya dari Mesir, Nik Aziz memulakan kerjaya sebagai guru di beberapa buah sekolah agama di Kelantan.

Dikatakan kerana pengalaman menuntut ilmu di pelbagai negara, beliau menguasai beberapa bahasa antaranya Arab, Inggeris, Tamil dan Urdu.

Perkahwinan Dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak
Hasil perkongsian hidup Nik Aziz dan Tuan Sabariah Tuan Ishak, mereka dikurniakan 10 orang cahaya mata, lima lelaki dan lima perempuan.

Sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, Nik Aziz merupakan seorang guru agama yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah agama termasuk Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan.

Oleh kerana aktifnya beliau dalam bidang pendidikan agamalah, beliau popular dengan panggilan ‘Tok Guru’ dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

Politik Dalam PAS
Nik Aziz menjadi ahli PAS pada tahun 1967 dan penyertaannya dalam parti itu disenangi ramai hingga akhirnya diberikan kepercayaan menjawat jawatan tertinggi Mursyidul Am. Ketika menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang cukup zuhud dan warak. Hampir setiap ketika, beliau dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.

Malah terdapat cerita berlegar, Nik Aziz dikatakan solat dalam keadaan gelap dalam pejabat rasminya kerana tidak mahu menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan diri. Rumah kediamannya pula hanyalah sebuah rumah kampung seperti yang dimiliki rakyat biasa, dan dikatakan rumah beliau tidak berpagar sama sekali serta tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) menobatkan Nik Aziz sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009 pula, beliau tersenarai antara 50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.

Penglibatan Politik Sebagai ADUN Chempaka
Beliau ketika menjadi Menteri Besar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.06 Chempaka, Kelantan. Pada Pilihan Raya Umum ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-12 pula, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangan pada borang penamaan calon.

Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya itu menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan pada Mei 2013 atas faktor usia lalu melantik timbalannya ketika itu, Datuk Ahmad Yakob sebagai pengganti. Peletakan jawatan itu mengakhiri pimpinan Nik Aziz selaku MB Kelantan selama 23 tahun.



TOK GURU DALAM KENANGAN... 



---------------- Rindu Ambo Pada Tok Guru Kan Kekal SelamoNyo -------------
Penafian: Wesite ini tiada kaitan dengan mana-mana Badan Organisasi Ada pun PAS apatah lagi bukan lah dari Pihak Lawan... Ianya adalah tindakan sukarelawan Individu (Ambo lah tu) untuk mengumpul segala mcam Legasi @ Peninggalan Tok Guru selama mana dia Hidup untuk berdakwah bagi memastikan ISLAM tertegak di Bumi ALLAH....  Admin bukan Ahli PAS.. Bukan jugak Anak branak Tok Guru... Tapi menjadi tanggung jawab Admin untuk memberi Rasa Hormat dan Tanggungjawab Admin dalam memastikan segala Amanat Tok Guru dan Dakwahnya Sampai kepada Semua Rakyat dan Keturunan yang Tidak mengenali Beliau...