Cerita
Merupakan Koleksi Cerita-Cerita Sepanjang Kehidupan yang DiAlami Oleh Tok Guru atau Rakyat yang pernah bersua mata dengan Tok Guru...
PASAL TOK GURU 1:
Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.."Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih"..Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..
Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.."Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..
"Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)
CERITA ARTIS (AMY SEARCH):
Selesai mengimamkan solat dan tazkirah suboh di Masjid Pulau Melaka Tok Guru puseng dan bertanya "bile sampai?" kpd Amy, saya dan rakan lain ..
Beliau menjemput kami ke rumahnye yg hanya selangkah bersambung dgn masjid dan terus menuju ke ruang tamu..Saya terpegun melihat sikap sederhana yg Tok Guru amalkan...Yg buat kami 'tersentak' lagi apabila Menteri Besar Kelantan ini sendiri membawa minuman dan kuih di atas dulang dari dapur untuk kami..Pada pagi yg damai itu kami berbual santai bersama Tok Guru sambil menjamah kuih di atas meja... Beliau memberi jawapan dgn terang, tenang dan bersahaja kpd isu yg sempat Amy ajukan.Lantas Tok Guru membawa Kami ke satu sudut, di tunjukkan kpd kami photo keluarga serta salasilah keturunan beliau...Sebelum Kami mohon diri Tok Guru sempat menyapa jubah yg saya pakai ari tu kata Tok Guru jubah Morocco...Secebis kenangan yg abadi bersama insan terpilih ini, seorang tokoh ilmuan Islam yg di kagumi kawan dan lawan,Wahai Murabbi... Damai lah Rohmu di pangkuan Allah SWTAamiin
KISAH RAKYAT BERSAMA TOK GURU 2 :
Malam ini, lain sungguh rasa nya bila mendapat berita mengenai kematian Tok Guru Nik Aziz, TGNA.
Saya, secara peribadi, memang kagum dan menghormati beliau.
Dan saya ingin kongsikan pengalaman ketika bertemu dengan beliau di salah sebuah restauran makan di Kelantan beberapa tahun dahulu.
Memandangkan saya dan rakan rakan saya, semua nya berbangsa Punjabi (kami semuanya 5orang sahabat, cuma saya sahaja yang tidak memiliki sarban), maka nak dijadikan cerita, masa itu, rakan rakan saya sentiasa dipandang oleh penduduk Kelantan. Rasa macam artis pulak, semua nak berkenalan....hmmm
Di restoran itu kami berkumpul untuk mkn . Sambil jamu selera, rakan saya memberitahu, bahawa orang yang duduk di hujung meja itu adalah TGNA.
Saya tak percaya, takkan la TGNA sebagai Menteri Besar nak makan kat kedai ini (tak ingat pulak nama kedai tu), dah tu pulak takde bodyguard, mustahil, mana mungkin seorang yang diberikan mandat menguruskan negeri jalan senang lenggang macam tu je tanpa bodyguard.
Kawan saya pula confident sungguh beliau adalah TGNA. Saya pun bangun pergi, nak tanya sendiri, betul ke?
Bila saya beri ucapkan Selamat Pagi kat beliau, dan saya tanya betul ke Encik ni TGNA. Dia menjawab yer...Opocot!!! betul laa...aduhai, terkezut siot. Saya pun senyum dan toleh kat kawan saya, saya angguk kepala memberikan isyarat yang mereka itu betul.
TGNA pun bertanya, siapa nama, dari mana, nak kemana...saya pun bagi tau yang kami daripada Ipoh Perak, datang melawat Kelantan selepas balik dari pulau perhentian. Dan TGNA pun cerita tempat yang menarik saya dan kawan kawan saya boleh lawati....sempoi je bercerita dan bersembang dgn TGNA ini.
Lepas tu saya pun join member saya, makan....
TGNA selepas selesai makan, datang ke meja kami, dan dia ucapkan selamat datang ke Kelantan dan terus membawa diri....ringkas je dia wish kat kami semua, mungkin ade urusan ler tu yang perlu dikerjakan....
Dan kami pun selepas beberapa minit, habis makan nak bayar. Bila pergi ke kaunter nak bayar, rupa rupa nya bill makan minum kami telah disettle kan oleh TGNA...uishhh...sampai mcm tu sekali! nak ucapkan terima kasih pun kami tak sempat, beliau masa tu dah lama beredar.
Memang pengalaman yang sungguh menarik. Dan ketika saat itu, ianya menjadi turning point pada diri yang kerdil ini, bahawa apa jua yang saya ketahui mengenai TGNA dan juga parti nya adalah amat serong sekali (terima kasih kepada media tempatan yang menanamkan pemikiran negatif kami terhadap TGNA dan juga parti nya...
saya tak berminat nak ceritakan pasai media kita, utusan meloyakan, dan juga berita hairan dan mana mana yg sekutu dgn nya, sudah lebih 10 tahun diri ini tak layan mainstream media).
Itu lah cerita yang saya nak sampaikan..dan memang betul, TGNA ini, memang humble orang nya. Banyak juga member kenalan memberitahu saya, dia tinggal dirumahnya dan tidak pun bangga tinggal dikediaman rasmi yang sepatutnya.
Tiada protokol yang ketat untuk berjumpa dengan nya...mudah nya nak berurusan tanpa banyak karenah.
Malah saya juga mendapat tahu, beliau banyak menderma duit gaji nya....sungguh mulia hati TGNA ini....segala jua urusan yang dia lakukan adalah kerana Allah s.w.t
Semoga, pendekatan beliau menjadi ikutan kepada barisan pemimpin yang memimpin negara ini.
Walaupun saya non-muslim, tetapi saya memang respect kepada TGNA. Pernah juga terkilan dengan member lain yang mengkutuk dan menghina beliau hanya kerana perbezaan ideologi politik. Lebih terkilan dan tersentap apabila hinaan itu datangnya dari Muslim....aduhai....
Ape ape pun, kita ketepikan fahaman masing masing, ambil yang jernih, buang yang keruh.
Kepada rakan KGM semua, terutamanya yang beragama Islam, hari ini, hari Jumaat, dan ketika menunaikan solat Jumaat nanti, doakan TGNA semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang beriman.
Rajinder Singh a.k.a Tutor Raj
CERITA FACEBOOK 1:
Zaharin Mohd Yasin Saya bersedia baca2 status yang di buat oleh orang yang saya kenal dgn maki hamun dan fitnah saya yang berleluasa sekarang tetapi Saya tak tergamak membaca status dan komen terhadap Almarhum Nik Aziz Nik Mat.., Saya kenal beliau secara peribadi sejak tahun 1978 bila selalu ke Parlimen.. pernah duduk dalam biliknya di bangunan menara.. bercerita soal perjuangannya.. berapa tahun dahulu masa saya di pecat dalam UMNO.. ada terserempak di airport.. dia nasihat saya masuk PAS, saya beri alasan.. saya di pecat kerana nak membetulkan UMNO dari dalam khasnya pemimpinnya. Dia kata itu dahwah juga.. Kemudian saya terus terserampak di majlis2 lain.. dia tetap senyum dan bertanya khabar dan menyebut nama saya.. Itu kelebihan Almarhum.. Bunyinya kasar dalam ucapan dan perkataan, khasnya isu politik tetapi jika mengenal Almarhum.. seorang pemimpin yang punya kasih sayang walau pun kita berbeza anutan politik.. Saya cukup sedih dan berlinang air mata yang menyentuh buat status memburukan Almarhum dengan kata2 yang nista dan menghina..